Yuran.my 3.0.3 New Update & Maintenance Release
[Release Date: 12 Apr 2025]
Salam Sejahtera buat semua yang disayangi,
Terima kasih atas sokongan anda!
Tanpa anda, kami tidak dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Atas pandangan dan input dari anda, kami berusaha untuk menambah baik ciri-ciri dan pengalaman dalam menggunakan aplikasi yuran.my
Beberapa penambahbaikan dalam kod pengaturcaraan dan sekuriti telah pun dilaksanakan. Kami ingin berkongsi dengan semua berkenaan penambahan-penambahan tersebut. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih efektif dalam menggunakan aplikasi yuran and dalam pengurusan yuran seharian anda.
New Release (Keluaran Terkini)
1. Penambahan Kaedah Bayaran secara Dalam Talian
Kaedah bayaran secara dalam talian melalui yuran.my ditambah dari FPX kepada beberapa pilihan. Antaranya ialah
- DuitNow
- Kad Kredit - Visa, Master dan Meastro
- eWAllet - Touch n Go, Grabpay, Boost, ApplePay, GooglePay
Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih kaedah bayaran yg sesuai bagi mereka
2. Penambahbaikan Proses Janaan Invois
- Proses Janaan invois oleh pelanngan yuran.my boleh menyebabkan penggunaan resource (CPU dan Memory) yg tinggi
- Pada setiap musim2 janaan invoice seperti pada tarikh 20 haribulan ke atas, utilization CPU dan Memory akan tinggi dan boleh memperlahankan akses kepada sistem yuran
- Maka oleh itu kami telah menambahbaik kod dan proses janaan
- Setiap Janaan Invoice akan dimasukkan kepada satu kitaran (Que) yang bertugas sebagai penjaga pintu masuk proses
- melalui proses ini, kami tambah satu lagi skrin Processing.. semasa proses janaan invoice
3. Had Maksima untuk Pendaftaran Online
-
Kita tambah jumlah maksima untuk sesuatu kelas atau event.
-
Untuk setiap pendafataran online, sekiranya jumlah yg berdaftar telah penuh, satu notifikasi akan dipaparkan
-
ini membolehkan pendaftaran ditutup secara otomatik
4. Jumlah Kutipan Infaq
- Jumlah kutipan infaq akan dipaparkan pada menu Admin \ Billings \ Infaq
- Data infaq juga boleh difilter mengikut tarikh. Jumlah juga akan dipaparkan
- Resit infaq boleh juga didownload oleh admin. Ini membolehkan admin download dan serahkan kepada pemberi infaq sekiranya mereka meminta bukti bayaran




