Yuran.my 3.0.6 New Update & Maintenance Release
[Release Date: 10 April 2026]
Salam Sejahtera buat semua yang disayangi,
Terima kasih atas sokongan anda!
Tanpa anda, kami tidak dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Atas pandangan dan input dari anda, kami berusaha untuk menambah baik ciri-ciri dan pengalaman dalam menggunakan aplikasi yuran.my
Beberapa penambahbaikan dalam kod pengaturcaraan dan sekuriti telah pun dilaksanakan. Kami ingin berkongsi dengan semua berkenaan penambahan-penambahan tersebut. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih efektif dalam menggunakan aplikasi yuran dalam pengurusan yuran seharian anda.
New Release (Keluaran Terkini)
1. Menambah Footer mandatori dalam Invois dan Resit
Pihak Yuran.my telah menambah baik sistem dengan menambah footer mandatori dalam Invois dan Resit. Ayat pada footer mempunyai 2 bahasa iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berikut contoh ayat pada footer invois dan resit.
Bahasa Melayu: Dokumen ini dijana oleh sistem komputer dan tidak memerlukan tandatangan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak pengurusan.
Bahasa Inggeris: This document is computer-generated and does not require a signature. For any enquiries, please contact the management.
i. Contoh footer pada Invois

ii. Contoh footer pada Resit

2. Penambahan Kod Negara (Country Code) untuk Nombor HP Ibu Bapa dan Pelajar
Untuk penambahbaikan sistem, Yuran.my kini menyokong penggunaan kod negara (country code) bagi nombor telefon ibu bapa dan pelajar. Sila pastikan semua nombor dikemaskini dengan kod negara yang betul (contoh: +60) bagi memastikan penghantaran notifikasi dan transaksi berjalan lancar.
i. Country Code didalam maklumat Ibu Bapa

ii. Country Code didalam maklumat Student

3. Notifikasi Invois dan Resit melalui WhatsApp kini tersedia dalam 2 bahasa.
Sistem Yuran.my kini telah ditambah baik dengan fungsi terbaru untuk notifikasi WhatsAp. Penambahbaikan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih mudah dan efisien kepada pengguna. Notifikasi Invois dan Notifikasi Resit melalui Whatsapp boleh dihantar dalam 2 jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Anda boleh pilih untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Lebih fleksibel untuk pelbagai jenis pengguna dan sesuai untuk organisasi dengan pelanggan berbeza.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada link ini >> https://help.yuran.my/faqs/tukar-bahasa-untuk-invoice-notification-dan-receipt-notification
4. Akses role untuk Class-Assistant
Sistem Yuran.my telah dikemaskini dengan perubahan akses bagi peranan Class Assistant. Kini, pengguna dengan peranan ini hanya mempunyai akses kepada Dashboard, Profile, paparan kelas (View Classes), serta maklumat pelajar dan ibu bapa (View Student & Parent) sahaja.
Boleh lihat seperti gambar rajah dibawah.

Maintenance Release (Keluaran Penyelenggaraan)
Error when submitting Announcement
Remove partial invoice
Bug at invoice listing
Invoice not found at update payment