Bagaimana nak verify duit masuk ke akaun bank adalah sama dengan transaksi di Yuran.my

Untuk setiap transaksi bayaran yang dibuat oleh ibubapa atau ahli persatuan/kelab, duit akan dimasukkan ke akaun sekolah atau persatuan atau kelab sekurang-kurangnya pada 1 hari bekerja bergantung kepada pakej yang dipilih

Semua transaksi pada hari tersebut akan dikumpulkan dan dipindahkan ke akaun sekolah, kelab atau persatuan pada satu transaksi. Sebagai contoh, pada hari Isnin ada 10 transaksi bayaran yang telah dibuat bernilah RM1,500. Pada hari Selasa duit akan dimasukkan ke akaun bank sebanyak RM1,500 sebelum jam 5 petang.

Apakah transaksi duit masuk ke akaun bank ini  boleh dibandingkan melalui sistem Yuran.my? 

Ya boleh

  • Utk cross check dengan bank statement, boleh lihat di menu Billings > FPX Transactions
  • Dalam ni kita akan nampak senarai transaksi, termasuk no rujukan batch yg kita boleh lihat pada penyata bank

  • Kami terangkan detail setiap menu: 
    • Date & Time - ialah tarikh dan masa transaksi yg dibuat oleh ibubapa atau ahli persatuan/kelab
    • Bank Bath Ref - no rujukan bank semasa pindahan wang dibuat ke akaun sekolah, kelab atau persatuan. no rujukan ini boleh dilihat di penyata bank untuk setiap transaksi.
      • Sesetengah bank dia ambil penuh MYFLXXX.
      • Sesetangah bank dia ambil dari FLXXX
    • Reference No - no rujukan FPX semasa ibubapa/ahli persatuan buat bayaran melalui FPX
    • Receipt No - no receipt utk setiap bayaran yg dibuat oleh ibubapa/ahli 
    • Payment received - jumlah bayaran yg dibuat
    • FPX Charges - caj transaksi FPX
    • Amount (RM) - jumlah sebenar yg akan masuk ke akaun bank sekolah, kelab atau persatuan
    • Status - Status pindahan wang ke akaun bank.
      • PAID - duit telah dipindahkan pada tarikh yang dinyatakan sebelah
      • PENDING - proses pindahan sedang berjalan
      • UNPAID / Kosong tiada status - transaksi baru berlaku pada hari yang sama dan akan diproses pada keesokan hari atau pada hari bekerja
    • Payout At - Tarikh duit dipindahkan ke akaun  sekolah, kelab atau persatuan

  • Pada skrin FPX Transaction List ini, kita boleh filter data mengikut status dan tarikh transaksi utk melihat dengan mudah jumlah yang masuk ke akaun bank.
    • No 1 & No 2 - cthnya kita ambil 25/8/2025 
    • No 3 - Jumlah yg masuk ke akaun sekolah ialah RM390
    • Bank batch ialah MYFL2508260753581. boleh rujuk kat bank statement no ni atau FL2508260753581
    • Tarikh masuk ke akaun sekolah ialah pada 26/8/2025

Untuk melihat secara terperinci siapa yang buat bayaran pada 25/8, boleh pergi ke menu Reports > Payments > Invoice Listing

  1. Taip atau copy dan paste kan Bank Batch Ref di ruang search keyword
  2. Tekan butang Generate Report
  3. Kita akan lihat Total Amount dan senarai invoice dan nama pelajar/ahli yg membayar

Semoga ini dapat membantu 

Sekian Terima kasih


Was this article helpful?