Bagaimana nak bayar lebih dari satu invois?
Kita boleh buat bayaran untuk satu invois atau lebih. Bayaran lebih daripada satu invois hanya boleh dibuat melalui aplikasi yuran.my.
Untuk setiap bayaran, caj transaksi akan dikenakan. Jadi untuk menjimatkan caj transaksi, anda boleh la bayar lebih dari satu invois dalam satu masa :-)
Berikut dikongsikan beberapa langkah untuk membuat bayaran bagi lebih dari satu invois
Langkah 1: Tekan butang "Select Invoices to Pay"
Dari menu utama aplikasi;
- Klik pada ikon kotak biru seperti yang tunjukkan pada gambar dibawah
- Anda akan dibawa ke skrin "Select Invoice(s) to Pay"
Langkah 2: Pilih invois
> Pilih invois yang ingin dibayar untuk bayar lebih daripada satu invois
> Apabila anda klik lebih dari satu invois, jumlah yang dipaparkan pada butang biru dibawah
> Klik butang "Make Payment" untuk membuat bayaran seperti dalam gambar dibawah
Langkah 3: Pilih bank
> Pilih bank anda dan tekan butang "Proceed with Payment" untuk teruskan proses pembayaran
Selamat mencuba!