Bagaimana Nak Pindah / Upgrade Kelas?
Latarbelakang
- Pada setiap sesi baru persekolahan, murid2 akan bertukar kelas dari darjah 1 ke darjah 2 dan begitulah seterusnya
- Murid2 darjah 6 akan tamat sekolah dan kelasnya boleh dinyah aktif (set sebagai tidak aktif)
- Rekod invoice dan status bayaran perlu dikekalkan untuk membolehkan sekolah membuat follow up
Langkah-langkah untuk Pindah Kelas
Untuk memindahkan pelajar-pelajar dari kelas tahun ini ke kelas baru tahun hadapan, ada 2 langkah yang boleh kita lakukan
- Tambah / Buat kelas baru mengikut tahun
- Pindahkan Kelas menggunakan kaedah Duplicate
1. Tambah / Buat kelas baru mengikut tahun
Kami mencadangkan agar nama kelas itu di letakkan tahun
- Untuk membezakan kelas tahun ini dan tahun2 yg lain
- Ini juga membolehkan kita memindahkan kelas, senarai pelajar dan jumlah yuran yang sama dengan senang
Sebagai contoh, dibawah adalah gambar senarai kelas yang ada sekarang (tahun ini)
Kita boleh buat atau tambah kelas baru dengan cara berikut
- Klik pada menu Program > Class
- Untuk buat kelas baru, Klik pada butang "+ New Class"
- Masukkan Program, Module dan Category seperti yang sama sebelum ini
- Letakkan Kod Kelas yg baru sbg contoh 24-D4. (Ini bermakna tahun 2024 untuk Darjah 4)
- Masukkan Nama kelas sbg contoh Darjah 4 (2024)
- Tekan butang Create untuk buat dan simpan kelas baru
2. Pindahkan Kelas menggunakan kaedah Duplicate
1. Pilih kelas sekarang / tahun ini yang ingin dipindahkan atau diupgrade atau naik kelas. Katakan Kelas Darjah 3
2. Tekan icon duplicate
3. Pada Skrin Duplicate Class :
- Masukkan / Pilih Target Class. cth 24-D4 Darjah 4 (2024) (kelas baru yg kita buat tadi)
- Tick / Pilih Include Class Fee (Ini utk pastikan semua fee yg ada dlm kelas lama dipindahkan sekali dlm kelas baru)
- Tick / Pilih Deactivate Current Class(ini akan membuat kelas lama dinyah aktif - inactive)
- Tekan Duplicate
Proses Pindah Kelas dari Darjah lama ke Darjah baru telah selelsai.
Boleh periksa kembali di dalam kelas baru semua murid dan yuran adalah betul
Boleh ulang untuk kelas yg lain
Terima kasih



